Oh My Dear,

Wednesday, May 06, 2009

Hari Panjang


Update: Bulu itu memang ada...dan tumbuh dengan banyak dan subur...


Hari Rabu yang sangat panjang di Kompleks Kantoran Grogol Permai.
Awal-awal pagi dah blackout sampai tengahhari.

Tak ada masalah sebenarnya di tempat kerja sekarang selain Bos yang berlagak pandai.
Kelmarin jadi lagi satu masalah.

Handphone tak habis-habis bunyi. Bila angkat tak ada suara.
Sampai ke senja, tengah maghrib, handphone berbunyi lagi dan aku menjawab:

(Perbualan telah di alih suara ke Bahasa Melayu)

Aku: Halo...??

Dia: Halo....Apa kabar?

Aku: Baik Encik...Ada apa ?

Dia: Kenal tak ni sape? *dengan intonasi yang lembut tapi bersuara tua

Aku: ... hmmm..tak kenal...siapa ni?

Dia: U dekat mana? Office ke ?

Aku: Dah balik dah. Sekarang dekat rumah.

Dia: Besok-besok balik nak tak I yang hantar?

Aku: .........Maaf cik, Encik nak apa sebenarnya?

Dia: Hehehehe..I nak hantar u balik...

Aku: Tapi tiap hari suami saya yang jemput

Dia: ...............................*lama...tapi apa salahnya kalau balik dengan saya..hehehe

Aku: @*(#UQ*(&@!(U#QU!U#(@!!!!! Encik, kalau nak apa2 kita cakap di office jer besok. Kalau nak sembang panjang, dengan suami saya jer.

Dia: Laa..tak boleh ke?

Aku: Ok bye~!

"DIA" sebenarnya merujuk kepada kawan baik Bos aku. Tua kerepot tak payah cakap dah. Dari jawapan aku dapat tadi, umurnya dalam 50 an.Aku pun baru tengok hari ni setelah tanya-tanya ke Ibu tingkat bawah. Dia bos kapal.

Sebenarnya aku takde masalah dia tua atau macam mana, masalah aku sekarang adalah Pak Sandy. Please, aku tak boleh imagine kalau dapat husband yang tak paham apa aku buat di office atau mungkin pergaulan aku sejauh mana.

Dan semalam aku sangat malu dengan PS dan ada sedikit rasa bersalah (walau sebenarnya takde ujung pangkal perbuatan aku), but then rasa tu tiba-tiba datang.
Kalau tak kawin mungkin rasa lain, tapi sejujurnya sekarang nak pegi office pun rasa semacam tengok Bos-bos tua tu di office. Kalau setakat ngorat siul-siul tepi jalan tak la terasa sangat, boleh aku buat bodoh, ni kalau berani call segala macam serius aku menyampah!

Serius rasa geli sangat-sangat. Sangat-sangat. Titik!

Sedikit gambar waktu blackout:

Image Hosting

Image Hosting

Image Hosting


Image Hosting

Image Hosting

Monday, May 04, 2009

Buku Baru

Semalam dapat buku baru. Sisa-sisa kertas yang tak terpakai dari berbagai sumber, Pak Sandy "binding" lagi untuk kegunaan aku lukis design atau kadang tempel2 gambar cantik dari majalah.
Cover buku adalah dari kotak terbuang.

Sebelum tidur, aku sempat conteng cover buku dengan melukis gambar sendiri lalu tidur.

Bila bangun pagi tadi, nampaknya ada orang yg gatal tangan menambah-nambah di cover buku aku.

Sampai di office aku cepat-cepat scan.

Siapakah yang gatal menambah-nambah? Dah ler eja salah. "PON" pulak tu..

Image Hosting

Oh Hunny, u r so gendut.
Malam nanti nak check, ada betul ke bulu bawah pusat tu?
Hahahaha. 18SX entry. Budak-budak sila tutup mata.

Image Hosting

Polwan

Image Hosting

Aku pulang ke rumah tepat azan maghrib sedang berkumandang.
Sambil memandang langit senja yang membiru, dalam hati aku tertanya-tanya,
kenapa laa orang-orang dkt tempat kerja aku panggil aku polwan? Takde nama lain ke nak gelar aku, tu pun sembunyi2 belakang aku :(

Aku pun baru tau tadi..

POLWAN is Polisi Wanita


Oh tidak...

Sunday, May 03, 2009

So funny

Tadi, nak komen blog MIZA, spt biasa, type komen dan sebelum post comment kena type word verification dulu..

Selalunya word verification tu memang perkataan pelik-pelik pun,
macam BLUR, EYES, CONFLICT atau number...

tapi selalunya dalam bahasa inggeris..

tadi aku rasa pelik semacam sebab aku tengok word tu dalam bahasa tak asing lagi dengan aku...
See the image below?

Kena type PANTAT dulu baru boleh komen...

hahahaha

Photobucket

Bandwith Killer

Sesapa yang tak pakai internet unlimited tu sila close cepat2 window ni..
sebab hari ni takde bahasa basi lagi, cukup dengan gambar pegi kenduri tadi siang...
atas request kakak-kakak tersayang yang nak tengok gambar bagi melepas kerinduan..

alis ckp blog aku dah bersawang...

ha ni dia sawangnya..

Gambar-gambar hari ni masa pegi kenduri Hin Hin, dari dulu sampai dia kawin, aku teringin sangat nak tanya kenapa nama penuh dia Hin Hin..mungkin masa mak dia pregnant dulu suka dengar bunyi hon kereta?


Bpk. Sandy Prayudi Sn. S
Photobucket

Majlis perkahwinan Hin Hin
Photobucket

Ibu Sandy
Photobucket

Bpk. Sandy & Teman Baik; Udin
Sape kawin ngan Udin ni memang takyah beli telur, ajinomoto, tepung, beras, garam, gula, buah pelaga, kulit kayu manis dan apa sahaja keperluan dapur.
Photobucket

Bp & Ibu Sandy
Photobucket

Pengantin; Hin Hin & Suami
Photobucket

Makanan Asas
Photobucket

Thursday, April 30, 2009

Barang Mama Juju

Entry ni sebenarnya adalah demi menyahut seruan dan menunaikan tanggungjawab kepada MERTUA TERSAYANG iaitu Mama Juju. Di ulang; MERTUA TERSAYANG.
Alasan: sebab takder mak mentua lain dah. Hahahha.

Tiap malam sakit telinga dengar dia tanya ada tak orang malisia yang nak beli design cincin dia. Mana la nak ada sebab menantumu ini tak pernah letak di internet Ma!

Katanya, "Kamu taro di internet gih!!"

Dan sesuai dengan malam jumaat (ada kaitan ke?), aku yang berbaik hati rasa nak letak gambar yang baru di snap tadi.

Aku ada kosong pengetahuan dalam bab barang kemas sebab tak berapa suka nak pakai. Apalaagi yang warna kuning lip lap. Cincin kawin pun tak pakai.

Yang ada pengetahuan, sila jamu mata. Design Mama Juju selalunya bermotifkan Islam dan kalau cincin, subang, rantai pulak design pelik-pelik.
Selalunya cincin design Mama Juju akan dijual lagi ke kedai-kedai emas atau pembeli di sekitar kota Jakarta, Indonesia Raya.

Panjangnya bulu jari
Photobucket

Ini harganya lebih kurang 2K+, berlian berapa karat taktau sebab MJ explain tapi tak reti. :D
Photobucket

Ini adalah pendant atau bahasa Indonesianya liontin. Selalunya liontin laku dibeli Ibu-Ibu Hajah sebab Ibu Hajah pakai tudung dan rantai labuh di luar tudung dan baju. Disebabkan Ibu Hajah nak ada emas di badan, pakai tudung kan tak nampak subang, so pendant adalah fokus utama bagi yang memakai tudung. (Mama Juju yang ajar)

Photobucket

Bahagian belakang pendant berlukiskan gambar masjid


Photobucket





Kalau ada yang nak beli, tanya harga bole, tolong buatkan design bole, kirim aku tak reti. Sebab jewellery tak boleh kirim thru post.

Sekian

hello kepada visi baru ber-blogging

Hello kepada template baru yang lebih simple dan syiok!
Sekarang bebas dah nak letak gambar sebesar bapak gajah yang aku suka.
Dan memandangkan kemalasan tahap gaban untuk meng-hapdet blog, maka dengan ini aku akan meletak apa sahaja gambar yang aku suka.

Jadi visi baru ber-blogging adalah, anything asal suka hati. :)

By the way, April memang bulan yang banyak ujian dan cabaran.

Besok 1st May, SELAMAT HARI BURUH UNTUK SEMUA ORANG DI DUNIA.

Jangan mimpi besok cuti sebab aku kerja di Jakarta, bukan di Malaysia.
So takde cuti! Mogok banyak la dekat jalan.


Mari makan sate di tepi jalan

Photobucket

Band ngamen (tukang nyanyi minta-minta) yang paling besar ada di Jakarta, ahli seramai 8 orang. Pak Sandy stress.
Photobucket

Mari bukak sweater sebab belakang adalah api
Photobucket

Tukang ngamen seramai 8 orang lagi, siap bawak drum, menyanyikan lagu Ungu dengan motto: KORANG TAK BAYAR KITORANG TAK PERGI!
Photobucket

Mari letak gambar sendiri. Di belakang abang handsome.
Photobucket

Sekian. Selamat Hari Buruh!

Friday, April 24, 2009

Encik Boss..Oh Encik Boss...

Setelah agak lama tak update, hari ni aku nak buat blog sebagai medium untuk meluahkan ketidakpuasan hati aku terhadap bos tempat kerja.
Seperti sedia maklum, bos aku seumur jer, 3 level dan office yg aku kerja adalah 2nd floor.

1st floor dgn 3rd floor adalah pejabat printing.

Awal-awal aku kerja sebagai freelancer dia dulu, aku mati-mati ingat dia boss aku yang betul.
Dah sebulan kerja baru aku tau, bos yang betul tu tak masuk dan dia adalah pekerja biasa atau tukang handle event untuk seminar (satu bisnes baru yang bos besar nak try).

Dalam pada masa yang sama, bos yang konon-konon bos aku ni pun cita-cita nak jadi motivator terkenal.

Pakai baju sampai pukul 1 pagi pun neck-tie tak bukak.
Kemeja putih ngan seluar itam tiap ari.
Tapi keje datang opis naik moto pinjam jer. Lesen haram takde.

Aku salut jugak sebenarnya sebab dia takde degree atau belajar pun tak habis, tapi rajin berinternet, masuk multi-level marketing dan selalu ikut gathering-gathering, nasihat orang itu ini dan lama-lama orang panggil dia untuk bagi ceramah dan setakat ni dia ada la jemputan sana-sini.

Apa yang aku tak puas ati adalah, aku rasa macam hilang anak kerongkong untuk bagitau orang lain betapa dia ni cakap jer lebih, duit pinjam dkt aku atau berlagak jer lebih.

Contohnya lunch, dia akan bawak nasik putih tiap hari dan kalau aku makan soto kuah, dia akan mintak kuah tu dari aku dan hirup kuah tu sampai habis.

Kelmarin dia pinjam aku 2 ringgit sebab takde duit.

Padahal, di meja penuh gambar-gambar dia melancong ke luar negeri. Tapi duit dalam dompet haram satu sen takde. Beli kredit handphone untuk office pun suruh aku. Nak beli ubat stapler pun kedekut giler babik pakai duit aku!

Toilet dekat sini pulak takde sabun nak basuh berak, so aku bawak dari rumah.
Sangat la teruja tengok sabun picit aku, tak sampai 5 hari sabun tu dah hilang.
Aku tanya mana pegi, dia boleh cakap sabun umah dia abeh, bawak balik umah.

Dan sekarang ni, aku tengah type blog, ada 3 org suratkhabar dan majalah yang agak terkenal di Indonesia datang interview dia sebab kononnya dia adalah orang yang berjaya di Indonesia.

Aku macam nak pegi dekat diorang, nak jerit;

WOII BODOH!!! NASIK PUN MAKAN NASIK SISA AKU, UTANG PUN TAK BAYAR, SABUN BERAK PUN CURI AKU PUNYA...ACTION JER LEBIH...KORANG PECAYA SANGAT LA KAT ORANG NI SAMPAI NAK BAGI ANUGERAH KAT DIA?

serius aku mcm nak bangun dari kerusi ni dan jerit mcm tu boleh?

tapi mampukah aku???...mampukah???....

sesapa rasa nak url website dia sila mintak kat aku...

Sunday, April 19, 2009

The Special Ayap

Ini adalah Ashraf. Bukan Ashraf Sinclair yer. Nama panggilannya Ayap.

Ini adalah Ayap kesayangan aku, anak kepada kakak nombor 2 dan merupakan seorang OKU (orang kurang upaya). Ashraf tak boleh bercakap dan disahkan seorang kanak-kanak autisme hyperaktif. Kalau ikut kanak-kanak normal, dia sekarang berada di Darjah 2.

Syukur alhamdulilah negara kita Malaysia telah memberikan keistimewaan kepada golongan OKU berupa kad OKU dan duit tabungan yang masuk tiap bulan. Terima kasih Malaysia!

Aku tak berapa pandai sangat penyakit autisme ni sebab aku tau ada banyak jenis. Aku pernah banyak kali hantar anak saudara aku ni ke sekolah khas dia dan bagi aku lebih banyak yang teruk dari dia sebab autisme ni ada macam jenis. Ada yang autisme boleh bercakap tapi muka seperti pengidap sindown down, ada autisme yang tak aktif (tak boleh berdikari sangat) dan macam-macam lagi.

Alhamdulillah Ayap sekarang boleh bercakap sikit-sikit walau tak sempurna.
Jangan mimpi nak masuk rumah kak aku kalau tak bagi salam, dia akan halau keluar dulu baru boleh masuk. Dah masuk baru nanti dia akan tanya " Apa kabar?"

Lepas tu dia akan cakap "Duduk, duduk"

Nanti dia akan pergi dapur bawak pinggan dengan cawan. Dan bawak teh uncang bubuh dalam cawan tu.

Ayap tak ada pantang larang dalam makanan kecuali coklat. Sejak tau dia mengidap autisme, doktor awal-awal dah melarang jangan bagi coklat sebab coklat akan buat dia jadi semakin aktif, melompat, menjerit dan tak terkawal.

Hobi Ayap adalah mengumpul logo seperti logo Honda, TV3, Maybank dan apa saja kemudian ditampal di dalam buku. Kalau dia tunjuk sesuatu logo misalnya logo Suzuki, tapi kita bagitau dia itu adalah logo Adabi, dia akan terus bertanya sampai dia dapat jawapan yang betul (sebenarnya dia memang tau).

Buku kegemaran Ayap adalah tentang komputer, enjin dan handphone.

Masa balik Penang tadi bersama Pak Sandy, Angah (emak Ayap) baru balik dari menjemput Ayap dari sekolah. Angah tak habis-habis gelak sambil pegang perut.

Aku pun mula bertanya:

Aku: Hang pasai pa gelak tak berenti?

Angah: Lawak laa hang tau, kena sebijik cikgu baru Ayap tadi.


Aku: Awatnya, cerita la...

Angah: Tadi aku jenguk dari tingkap kelas...Budak-budak ni sebelum keluar bilik darjah kena cium tangan cikgu-cikgu dalam kelas tu..Nak jadi cerita ada Cikgu baru hari ni, nama apa tah,,Sati kot.. panjang laa...aku pun tak reti nak sebut...sebab nama Hindu yang panjang ni....

Aku: Pastu?

Angah: Cikgu lama ajar Ayap dengan kawan-kawan dia la...suruh kata Terima Kasih Cikgu Sati apa taktau....sampai turn Ayap nak salam, dia diam ja tak mau cakap...


Aku: Hahaha, awat pulak?


Angah: Aku rasa dia tak pandai sebut nama tu....tapi ada sorang cikgu ni paksa dia cakap jugak...

Aku: Abeh Ayap cakap la?


Angah: Dia cakap la...dia kata "Tima Kasih Cikgu Endu
"

Aku: Endu? Padia? Tak paham..

Angah: Haa laa..cikgu tu hindu..kot dia tengok ada tandey dekat dahi kot...hitam plak tu..dia hentam ja la kata tima kasih cikgu hindu..


Aku: ahahahahhhahahahhahaha...cikgu tu paham dak?


Angah: Paham laa..awat ka tak paham pulak....terang lagi bersuluh,,tapi nak buat macam mana..depa ni kan jenis jujur..


Aku: Hahahahahhahahahhahaha...


Ayap, Acu miss u so much...

Saturday, April 18, 2009

Emak; Khalizah Idris

Tau tak apa yang aku belajar setiap kali balik ke Penang dan jumpa semua saudara, kakak, makcik, maklang, paklong atau jiran yang selama ni tak pernah pun aku tegur.
Aku sangat menikmati saat-saat berada dekat dengan orang tu. Senyum, tanya kabar, salam, peluk. Betul kata orang, kalau dekat kurang rasa rindu, bila dah jauh baru teringat.

Paling ketara of course la emak.

Dulu, sebelum nikah aku tinggal dengan mak. Menyewa rumah flat 2 bilik. Tapi tak sampai setahun, mak kena stroke. Lumpuh sebelah kiri badan.

Paling hebat ujian yang aku terima hari tu; 29 September, tarikh tu aku takkan lupa sampai bila-bila.
Apa yang berlaku hari tu bagi aku sekelip mata.

Jarang-jarang sangat mak siapkan aku sarapan nasi goreng, telur dadar dalam tupperware.
Dan betul-betul lunch hour aku di office, waktu suapan pertama nasi goreng mak, handphone berbunyi.
Dia kenalkan diri sebagai jiran rumah yang aku sewa, katanya mak dah jatuh dan tak boleh berdiri apalagi gerakkan badan.

Aku cepat-cepat balik ke rumah sewa. Masa tu ambulans dah ada di bawah dan semua kakak aku dah berkumpul. Dan hari tu jugak, terakhir kali mak menjejakkan kaki di rumah sewa tu.
Seminggu lebih aku menginap di hospital jaga mak.
Tidur di lantai hospital kerajaan.

Rumah sewa langsung aku tak jenguk sebab ada rasa pedih setiap kali tengok kain batik mak, kuali yang mak suka pakai untuk menggoreng, jagung yang mak rebus dalam periuk sampai naik kulat, telekung mak, bantal mak.

Aku masih ingat pertama kali aku balik ke rumah tu, aku nangis tak henti-henti. Macam-macam perasaan ada. Menyesal sebab ajak mak tinggal situ dan rasa sakit hati dengan tuan punya rumah sewa tu.

Alasan kenapa aku benci adalah, selidik punya selidik, tuan rumah tak bayar tunggakan bil elektrik penyewa sebelum aku.
Padahal dah berapa kali aku call dan pernah dapat surat amaran warna merah.
Bila aku serahkan ke tuan rumah sewa (bil lebih kurang RM400), aku sempat tanya, apa jadi dengan downpayment 2 bulan sewa dulu. Dia cakap dah clear dan janji akan bayar.

Tak diduga, datang pekerja TNB ke rumah pada hari tul 29/09 dalam pukul 11 pagi untuk potong bekalan elektrik. Aku dah pernah cakap dengan mak, jangan susah hati, kalau nak potong tu bukan salah kita dan aku boleh bayar ke TNB tu; no prob. Lagipun rumah kakak sulung dekat.

Tapi nama pun orang tua, emak sedih sangat dan mintak orang TNB tu (India) jangan potong dulu. Kata jiran aku, emak nangis-nangis dan merayu. Tu yang buat aku sedih. Tapi Indian tu berlalu pegi dan siap cakap benda-benda tak elok.

Mungkin mak rasa sedih, terkejut atau takut, emak jatuh waktu tu jugak. Dengan Indian tu berlalu pergi.

Yang dah jadi biarlah terjadi. Aku terima dengan hati yang tenang.
Ada hikmah kata mak, kalau dia tak kena stroke, mungkin aku menyewa terus di situ tak kawin-kawin. Haha...Rasanya betul jugak kot.

Apapun, masa di Penang tadi, aku sangat menikmati waktu dengan mak.
Dulu pergi kerja bukan aku nak cium tangan, cium pipi.

Aku cuma doakan semua bloggers yang ada mak, semakin hari semakin mesra.
Untung sangat untuk sesapa yang masih tinggal serumah dengan mak atau mungkin sekampung, setaman.
Nikmatilah sepuas-puasnya waktu ayah dan mak masih ada.

Kalau aku memang tak pernah kenal ayah sendiri sejak lahir sebab ayah aku sibuk dengan mak tiri :)

Ni adalah gambar yang aku jumpa masa balik kampung nenek di Perak.
Mak sendiri tak ada simpanan gambar ni sebab setiap kali dapat gambar dia akan pos ke Perak (dah nikah dia tinggal di Kedah)
Aku cakap dekat mak, " Mak Negro nyaa gambar ni" Dia balas, " Hang jangan taktau, rambut karan tu"

Kanan: Abah dengan mak, 2 orang tu kakak no 2 dan 3 Kiri: Mak dengan Kak Ti (kakak sulung), tahun 1970.



Ni pulak gambar balik ke Perak tadi dengan PS. Semua mak saudara dan bapak saudara. Mak adalah cucu sulung.

Next entry aku nak cerita lagi pasal mak.

Aku tengok sekilas macam Norlia Ghani pun ada muka mak aku ni. Haha

Saya