Day setengah plastik

Dua tiga hari lepas Bapak berpasir cakap kalau aku senyum dagu aku dah nampak 3 lapis. Bukan 2 lapis lagi macam biasa. Merajuk la jugak dalam hati tu. Mulalah aku salahkan keadaan.

Aku bagi alasan sebab duduk rumah tak keluar mana-mana, makan mee maggie, tak jalan kaki macam dulu-dulu dah. Dulu dari office nak pergi carrefour 1 km pun aku sanggup redah. Rasa segar bugar badan.
Sekarang nak jalan kaki pergi mana lah kan sebab dah tak kerja ni?

Semalam pulak dia bawak balik brownies kukus dengan kerepek kentang. Sekilo ada kot kerepek tu.

Aku bukak mulut jugak.

"Laaa..bokpa beli-beli semua ni? Ni la buat gemuk tau dak?". 

Dia cakap, "orang bagi, sedap hang tau, kerepek kentang bandung ni".

Aku cakap listen! listen! listen! sorry la nak sentuh. Makan sorang-sorang, gemuk lah sorang-sorang. Pandang pun aku tak mau. Biarlah aku lapar macam mana pun, no jajan jajan ni.

Tapi tadi aku tengok kerepek tu macam melambai-lambai pulak. Sayu-sayu kerepek tu merintih-rintih suruh try. Dua tiga kali aku toleh sebab kerepek tu atas meja makan tak jauh tempat aku suka terbongkang ni.

Gigit la sikit aku ingat. Alaaahh...kalau setakat dua tiga keping mana dia nak sedar aku telan kan? Tak luak kot.

Aku gigit sambil chating dengan blogger Marinahunny.

Lepas setengah jam aku tengok dah setengah plastik aku telan.
Setengah.

Setengah :(

Mampuih kena gelak malam ni. Mana nak cover setengah plastik lagi yang hilang tu???


Aku ingat nak turun beli Lays dua tiga bungkus, campur balik dalam plastik ni. Goncang-goncang bagi garam  dia merata.
Takpun aku buat bodoh dan terima sajalah kemunafikan aku tu.

Terlajak post entry boleh di edit, terlajak mengunyah buruk padahnya!



. Bookmark the permalink.